Terpendam

Monday, April 30, 2012 Posted by yusuf

Susah sekiranya kita menuju ke tempat kerja dengan hati yang gelisah,resah dan serba tak kena.

Seolah-olah ada sesuatu yang tersimpan di dalam dada dan bermain di fikiran sehinggakan tidak dapat di luahkan.

Mungkin apa yang kita hendak lakukan tidak dapat di laksanakan kerana di sekat atau tidak mendapat peluang untuk

membuat sesuatu yang menjadi kesukaan.

Aku percaya dengan ketentuan Ilahi. Aku mesti terapkan sifat sabar yang tinggi.

Jangan terlalu gopoh untuk menunaikan sesuatu kehendak sedangkan keupayaan masih lagi rapuh.

Cakap memang senang tetapi tidaklah  semudah apa yang di sangka.

Kita mempunyai kelebihan dan kekuatan. kita mempunyai kekurangan dan kecacatan.

Namun itu semua adalah di antara sifat-sifat manusia yang Allah berikan.

jangan stress stress…nanti cepat tua

Muhasabah diri semestinya akan menjadi seseorang itu lebih baik. Menilai kemampuan diri sendiri adalah lebih baik

dari mencela orang yang kita tidak tahu akan kebolehan dia.

Sedang menunggu masa yang baik untuk melepaskan perasaan yang terpendam.

Perasaan yang positif yang memberikan manfaat pada diri sendiri dan yang lain.

Bukan menagih simpati tetapi untuk melihat akan kebolehan diri kita sendiri sejauh mana kebolehan kita.

Ketentuan ilahi pasti. Niat suci pasti di dengari. kalau baik maka haruslah di kongsi. kalau jahat mintak tolong di

hindari.

`Jangan sembarang cakap`

Thursday, March 15, 2012 Posted by yusuf

ada orang kata : `alah si dektu,cepat naik cepat turun punya lah`.

ada orang kata : `satu hari kita mesti jatuhkan dia`

ada orang kata : `buat apa nak support dia, dia dulu havoc.`

Apa kata kita kata : `takpelah, kenapa kau dengki sangat?, kita kan sedara islam. kita support sahaja dia.`

Apa kata kita kata : `kalau kau dah tak setuju dengan dia, tak payahlah kau buat fitnah dengan dia. kan dosa.`

Apa kata kita kata : `aku tak bermusuh dengan dia, dia kawan aku. aku cume TAK SEPENDAPAT dengan dia sahaja`

Imam Syafiee, tidak melatah mahupun mencaci orang yang bermusuhan dengan dia.

Imam Malik memaafkan orang yang telah menyakiti beliau.

Kalau kita kata kita sayangkan pada Nabi Muhammad S.A.W

`Back to Basic`.

`siapa beriman pada Allah dan rasul maka berkata benar atau diam`

`Lihatlah diri sendiri sebelum melihat kesalahan orang lain`

Jangan pikir kita lebih baik dari orang lain, tetapi pikirlah betapa kerdilnya diri kita di sisi Tuhan.

Jangan rasa kita sudah menjadi alim, sedangkan pada hakikatnya kita masih lagi banyak dosa.

Jangan rasa kita sudah mendekatkan diri kepada Allah sedangkan iman kita perlu di tambah.

nasihat ini adalah untuk diri sendiri dan untuk mereka inginkan peringatan dan teguran.

aku bukan habib aku bukan wali tapi aku hamba Allah. Sentiasa mencuba untuk merendahkan diri.

Pilihan kita.

Thursday, February 16, 2012 Posted by yusuf

Ada sesetengah orang mengadu, alangkah baik sekiranya waktu bekerja dapat di tukar daripada jam 9 pagi hingga 6 petang kepada 9

pagi kepada 3 petang dengan alasan agar masa untuk di luangkan bersama keluarga dapat di penuhi.

Ada pula sesetengah orang menyarankan, sekiranya gaji dapat di naikkan supaya dapat menampung kos kehidupan yang semakin

meningkat.

Ada sesetengah orang pula suka berkongsi kepada sekian manusia di dalam dunia ini tentang setiap perkara yang di lakukan

oleh mereka tanpa memikirkan perkara keburukan yang akan berlaku kepada dirinya.

Ada pula yang cakap, cakap dan cakap tetapi tidak ada tindakkan yang di lakukan tapi hanya pandai bercakap. mengenai hal ehwal

orang lain.

Ada orang yang mengadu pada peguam atas tindakan adiknya yang membolot harta arwah ibu tanpa memikirkan nasib kakaknya

yang cacat.

Ada orang hanya menghisap candu di kedai kopi sambil melihat orang lalu ke sana sini dari awal pagi hingga larut malam.

Apabila melihat sesetengah keadaan manusia yang menjalani kehidupan yang mereka pilih, bagaimana pula dengan keadaan kita?

Apakah pemilihan kita? adakah anda seperti yang di atas? ataupun anda mempunyai matlamat anda tersendiri?

Pada suatu hari, setelah seorang Ustaz selesai menyampaikan ceramahnya lalu datanglah seorang wanita yang berusia awal empat puluhan untuk bertanya kepada Ustaz tersebut :

Assalamualaikum Ust.

Waalaikumsalam Puan, Boleh saya bantu?

saya ada soalan ingin bertanya kepada ust

Silakan Puan.

Saya sekarang menumpang rumah adik perempuan saya kerana saya tidak mempunyai rumah sendiri. Ini kerana suami

saya berada di dalam penjara, malah adik beradik saya yang lain tidak tahu akan keadaan suami saya sekarang.

Pada mulanya, adik perempuan saya begitu mesra dengan saya, akan tetapi sejak akhir-akhir ini, hubungan antara kita

mula renggang. Dia mengejek saya dengan mengatakan saya tidak berpendidikan tinggi. kerja setakat tukang sapu

sampah. Saya cukup sedih dengan perbuatan adik perempuan saya. Apakah yang harus saya lakukan wahai Ust?

adakah saya harus berpindah atau menumpang ke rumah lain? apakah cadangan Ust pada saya?

Ustaz melihat wajah seorang wanita tersebut yang menitiskan air matanya sambil berkata

bersabar Puan, bersabarlah, bersabar sebenarnya tiada had. bersabar harus dalam keadaan berterusan.

malah sampaiakhir hayat kita. Apa yang saya lihat pada keadaan puan adalah satu perkara yang tidak sepatutnya

berlaku di antara adik beradik. Mungkin ada perkara yang puan lakukan tidak menyenangkan hati adik puan.

Atau mungkin puan tidakmemberikan duit upah kepadanya atas dasar puan sedang menumpang rumahnya.

Dalam erti kata lain kalau puan tidak menyewa rumahnya, puan seharusnya memberikan wang perbelanjaan sedikit

kepada beliau untuk meringankan wang perbelanjaan beliau. Lagi satu perkara yang puan patut lakukan adalah

bertolak ansur. Susah rasanya kalau kita tidak ada perasaan sedemikian. Islam mengajar kita untuk menjadi seorang

yang pemaaf, berbuat baik, amal soleh bukan menjadi seorang yang mengutuk. mengejek. mengumpat.

Puan, kita tidak mampu untuk mengelak ujian yang menimpa pada diri kita melainkan mengucapkan rassa syukur dan

sentiasa mendekatkan diri kita padaNYA. Apa yang saya katakan kepada puan sebenarnya adalah satu nasihat untuk diri

saya juga. Ini adalah nasihat dan pandangan saya, terpulang pada puan untuk membuat pilihan.

Puan, Semua orang menghadapi masalah, tidak seorang pun yang tidak menghadapi masalah. Kita seharusnya pandai

memilih jalan keluar kita sendiri dan menghadapi risikonya. Saya doakan agar puan sentiasa di lindungi oleh Allah s.w.t amin ya rabbal alamin.

Wajah wanita itu berubah apabila mendengar kata-kata sang ustaz tadi.

Terima kasih Ustaz. saya akan ikhtiar untuk mencari jalan keluar bagi masalah saya ini. Saya harapkan ustaz dapat

mendoakan saya agar saya tabah menghadapi ujian di dunia ini. terima kasih ye. assalamualaikum.

masa.

Sunday, February 12, 2012 Posted by yusuf

`Prof menghabiskan masa 8 jam sehari untuk membaca…`

(dalam gambar adalah Professor Quraish Shihab bersama Ust Yusri,Beliau adalah tokoh ilmuan yang di segani di rantau ini. Berkelulusan B.A, MASTER,PHD dalam usuluddin,Al-Azhar)

kalau nak berjaya perlukan kerja keras. kalau inginkan sesuatu bersungguh-sungguh. kalau merancang jadikan kenyataan.

kata-kata ini aku sematkan di dalam hati. aku ingin jadikan tahun ini menjadi tahun yang bermakna bagi aku.

aku berjumpa dengan kawan yang memberikan semangat, dorongan, aku dapatkan nasihat dari mereka yang lebih dewasa, aku punya cita-cita dan azam untuk berjaya dan akhir sekali aku punya waktu sama tuhan alam semesta tiap lima waktu secara tetap dalam sehari.

Bila berjumpa dengan ustaz muda, aku mula perbualkan perkara yang positif serta berjanji antara satu dengan yang lain

agar cita-cita dan perjanjian di tunaikan.

Bila aku berada di dalam waktu kerja aku ikhlaskan hati dengan niat ibadah agar kerja aku dipermudahkan.

Bila membicarakan tentang masa hadapan aku serahkan segala pada ilahi.

Aku kagum dengan prof Quraish Shihab.

aku kagum dengan kehidupan Imam Malik bila melahirkan buku Al-Muwatttak.

Aku kagum dengan sikap ibu dan ayah yang sentiasa tabah dalam  mengurusan keluarga.

Aku kagum dengan Manusia yang bernama `Muhammad S.A.W` yang mampu menguruskan manusia sewaktu beliau

masih hidup.

Sejarah Mengajar kita bagaimana manusia pada waktu dahulu menguruskan dunia. Sejarah juga mengajar kita tentang

memuliakan agama dari harta, pangkat dan nyawa.

kalau kita melihat kepada sejarah Umar Abd Aziz, Beliau sangat amanah dan berlaku adil kepada rakyat, Walaupun

membelakangi ahli keluarga yang lain.

Kalau kita melihat kepada sejarah Imam Malik, beliau adalah tokoh ilmuan yang mashur tetapi tawaduk-rendah diri,

Walaupun pernah di sebat badannya kerana perpegang teguh pada sunnah nabawiyah.

Hidup ini penuh dengan fitnah. Hanya yang mampu di selamatkan pada waktu ini adalah keluarga kita.

Hanya yang mampu di lakukan adalah amal soleh dan tinggalkan segala perkara yang bertentangan.

Perkongsian perbualan terkadang membuatkan kita rasa takut, adakah masih ada harapan untuk kita atau apakah

cabaran yang akan di tempuh oleh generasi selepas kita.

Hanya Allah sahaja tempat kita bergantung. Ada matlamat sebenarnya bila kita di dunia.

Jangan sesiakan masa selagi kita masih bernyawa.

Buatlah perkara berfaedah :

-Layan kedua ibu bapa dengan baik.

-Membaca. = tidak kira apa jua yang di baca selain berfaedah. di galakan berunsur agama.

-Solat. = kerana solat tuntutan agama.

nasihat diri sendiri dan juga pada semua.

Yang membaca tolong sampaikan pada yang leka.

Belajar.Amati.Kaji.

DUA RIBU DUA BELAS.

Wednesday, January 4, 2012 Posted by yusuf

Bulan Januari tahun baru masihi. Sudah 6 bulan kerja pengalaman pon ditimba. Rangkaian hubungan pon semakin berleluasa. Paling penting Syukur kepada Allah yang masa esa.

Kesilapan yang lalu jadikan sandaran agar kita tidak ulangi pada masa hadapan. Umur makin meningkat. kematian pon semakin dekat.

Belajar secara kuliah dah tamat, sekarang praktikan apa yang diucapkan secara mampat. pepatah ingeris mengatakan `well come to the real world`.

Hendak atau tidak kita tetap akan merempuhnya. Bukan nak jadi WORLD, tetapi kau akan rasakan apa yang aku rasa.

selalu yang di nasihati diri ini adalah. `makin banyak masalah,dugaan, makin selalulah tunduk dan sembah pada yang MAHA ESA.

saya bukan paderi saya bukan kiyai. saya hamba abdi pada Ilahi.

BELAJAR.AMATI.KAJI.

Pancing.

Thursday, December 8, 2011 Posted by yusuf

pada suatu hari ada seorang peniaga berpakaian moden bertali leher serta berseluar yengki dan berkasut hitam berkilau-kilau datang berjumpa dengan seorang lelaki berumur lingkungan lewat tiga puluhan yang sedang pancing di tepi pantai bersama anak-anaknya yang sebuk mengumpul pasir untuk di jadikan istana.

bang, leh tompang tanya abang ada masa sikit tak? saya nak tanya abang beberapa soalan. boleh eh bang?

abang tu pon memberi respon dengan mengangguk kepalanya tanda setuju menjawab soalan peniaga tersebut.

saya dari syarikat baju yang terkenal di kepulauan Riau. Saya telah mengendalikan baju untuk kanak-kanak serta membuat beberapa jenis pelaburan untuk mereka yang ingin melabur dengan kami agar dapat pulangan yang lumayan serta boleh menjadi kaya raya.

jadi saya ingin tanya kan kepada abang, adakah abang sudi untuk melabur dengan kami?

Soalan itu di susuli dengan lampiran gambar-gambar syarikat baju kanak-kanak. setelah itu beliau bertanya lagi kepada abang itu lagi.

kalau abang labur dengan kita, saya yakin abang akan jadi kaya, hidup mewah ada kereta mewah, duit banyak, boleh beli rumah kat malaysia, singapura, indonesia dan brunei.

Begitu semangat lelaki itu cuba meyakinkan abang yang masih memegang joran yang panjang dengan harapan untuk mendapat seekor ikan Talapia. Lelaki itu menyambung lagi.

Setelah abang kecapi kemewahan,kesenangan dan kekayaan. Abang akan dapat meluangkan masa dengan keluarga abang dengan santai…sambil berpancing.

Abang itu tersengih sambil berkata sesuatu kepada lelaki tersebut dengan nada suara yang pelik.

bukan ke saya sekarang ini saya sedang pancing serta meluangkan masa bersama anak-anak saya dalam keadaan tenang dan santai?

maka terdiam lelaki tersebut serta kabur pandangannya serta cuba menerima hakikat yang abang itu sedang berpancing serta berseronok bersama keluarga beliau.

Perubahan

Tuesday, December 6, 2011 Posted by yusuf

Sudah sampai ke penghujung tahun masihi. Sudah masuk tahun baru hijri. Keadaan berubah begitu cepat. Masa berlalu dengan pantas. Dahulu sudah keluar dari penjara. Sekarang di tangkap semula sebab mencuri harta orang pula. Dahulu mesra bersama keluarga. Sekarang sudah berubah dan tak akan seperti dahulu kala. Sungguh mencabar ujian atas dunia. Kalau tidak kuat pegangan akan tewas akhirnya. Yang mulia Hasan Basri memberi wasiat pada Umar Abd Aziz pada suatu ketika.

wahai amirul mukminin, sentiasa ingat akan mati dan apa yang terjadi selepas mati. Ketika itu kamu tidak ada pembela selain amal ibadat kamu. kerana itu bersiap sedialah menghadapinya dan jadikan perkara itu masalah besar bagimu. Ingatlah pada hari di mana seseorang itu melarikan diri daripada saudaranya, ibu bapanya serta isteri dan anak-anaknya.

Cabaran,dugaan ujian pastinya akan di lalui oleh kita semua. Dalam kita hidup dalam keadaan senang, pasti akan datang ujian yang mengugat kita.

Masakan Nabi kita menerima segala tentangan dan kezaliman waktu kehidupan beliau, inikan pula kita hidup berzaman-zaman selepasnya, pasti menerima lebih banyak dugaan dan ujian dari nya.

Kita dah masuk tahun 1433 hijrah dan kita akan masuk tahun 2012 masihi.

Kita masih dengan keadaan yang sama atau sebaliknya?

kita dah mula mengorak langkah untuk kehadapan atau kita masih lagi dalam keadaan yang sama?

Orang malaysia sudah terbang ke angkasa menjejakkan kaki ke bulan, kita masih lagi goyang kaki, mengeluarkan asap tebal sambil ketawa mengilai kerana melihat nyonya mencari tin minuman dalam tong sampah.

Bergerak biar pelahan, asalkan sampai pada matlamat dan hala tujuan.

Biarkan orang mengata kita, biarkan kita di hina.

Asalkan kita jelas dengan apa yang di tuntut agama.

Ikutlah resmi padi..makin berisi makin tunduk.

BELAJAR.AMATI.KAJI.

Nikmat-Nikmat CINTA.

Wednesday, November 16, 2011 Posted by yusuf

Genap sebulan dah berlalu. Macam-macam insiden berlaku. Pastinya yang paling seronok bila Novelis terkenal datang ke singapura. Habiburahman EL Shirazy. Novelis yang paling aku minat.Di temukan jodoh, sebelum beliau memberikan ceramah di Mesjid Kampung Siglap, aku dapat bersembang seketika selepas solat Isyak dengan berkata kepada beliau :

munawareen

Masih lagi segar dalam ingatan apabila majlis tamat pengajian di KUIS, ibu menghadiahkan kepadaku satu novel bertajuk `Ketika Cinta Bertasbih`.

Memang pada awalnya aku tak minat untuk membaca tapi atas pemberian novel pemberian ibuku, aku bawa ke mesir untuk menjadikan bahan membaca waktu masa lapang di sana.

Kebetulan bila berada di Mesir, terjumpa dengan pelajar Singapura yang pernah belajar di Gontor, Indonesia. Dia memberitahu bahawa pengarang novel ini memang terkenal di Indonesia, bahkan di Malaysia.

Habiburahman pernah belajar di Mesir, sebab tu cerita dia banyak setting di Mesir.

Waktu itu aku terus memembaca sampai habis novel itu, tidak puas dengan versi Malaysia aku mengirim dengan orang untuk membeli versi Indonesia.

Ternyata memang seni penulisannya sangat unik dan sangat jujur. dari situlah timbulnya Cinta dengan pengarang novel dan sekaligus teringin menjadi penulis seperti dia.

Dan dengan nikmat cinta yang Allah berikan kepada hamba-hambanya yang beriman maka aku dapat berjumpa dengan kang abik (nama timangan Habiburahman) secara langsung dan dapat mendengar tip-tip yang sangat baik dari seorang pendakwah yang berdakwah dalam bidang penulisan.

Apa yang aku boleh katakan di sini bahawa kalau kita hendak dan bersungguh-sungguh dalam apa jua kita niatkan atau pekerjaan yang kita lakukan sekalipun, maka  harus lah kita bersabar, kerana Allah sudah atur segala-galanya untuk kita. Kita hanya berjalan mengikut rentaknya.untuk mencapai sesuatu yang tinggi perlukan masa dan mesti ada sifat sabar.

Selama empat tahun aku berusaha untuk berjumpa dengan kang abik….akhirnya bertemu..

Nikmat-Nikmat Cinta yang tak terkira dariNya.

Hanya mampuku sebut dengan kalimah Alhamdulillah.

16.11.2011. 11.02pm

terlajak ponteng sebulan.

Monday, October 17, 2011 Posted by yusuf

Bila dah sebulan lebih berlalu baru teringat nak tulis. Selepas hari raya, bermacam-macam insiden berlaku.

Secara jujurnya, semakin hari semakin peka dengan keadaan bisnis. Bagaimana manusia berhubung apa bila berbisnis.

Bagaimana mereka cuba untuk mempengaruhi pelanggan sampaikan mereka dengar dan membeli.

Bagi yang tak nak terlibat dalam dunia yang lagha ni. Mereka bertekat untuk sambung belajar dan bermastautin terus di negeri berkenaan dengan membawa keluarga tersayang. (gambar atas adalah gambar anak syakir pasuni yang beliau bawa bersama keluarga beliau ke syria untuk sambung belajar)

Dunia bekerja ni memang berbeza dengan dunia belajar.

manusia akan menjadi tamak, penipu, membunuh antara satu dengan yang lain semata-mata kerana wang, duit dan fulus.

bercakap memang berbeza apabila praktikal.

Akan tetapi bila kita dah laluinya dan berhadapan dengan situasi begitu kita akan dapati kita tidak kuat dan kadang kala takut untuk

berhadapan dengan rialiti dunia yang begitu kejam.

saya bukan nak mengatakan bahawa dunia ini zalim.

Saya tak mengatakan bahawa kita tidak bernasib baik.

akan tetapi inilah hakikat dunia yang penuh cabaran.

`thats life sop…nak kene rempuh jugak`

Alhamdulillah, Islam tu cantik. Islam bukan tentang menguruskan dunia semata, akan tetapi rohani kita.

Solat tiang agama. Solat makanan rohani kita. Solat adalah satu perbuatan yang boleh menghilangkan rasa tekanan dan segala perasaan

negatif.

Makin kuat cabaran dan dugaan, maka makin banyaklah kita solat, muhasabah, zikir dan selalu ingat pada NYA.

bukan nak mengajar. tapi ini adalah peringatan buat semua.

18.10.11

imbasan 2 bulan ponteng tulis.

Thursday, September 1, 2011 Posted by yusuf

Kerja baru-puasa sebulan-hari raya,

Buat masa ni tengah tangkap skill, tengah belajar selok belok bekerja di travel agent serta macam2 task. kene multi tasking.

Bulan puasa pula beribadah sepenuh masa. buat amal kebajikan memang bulan puasa mendidik rohani dan jasmani kita untuk jadi Hamba yang bersyukur. cuaca pon tunduk beri penghormatan kepada bulan Ramadhan.

Kawal semua paca indra serta hati dari buat maksiat tapi masih lagi dikatakan hamba, nafsu tidak di kawal musnah akibatnya.

Puasa,khatam quran,qiyam,sedekah dan selebihnya. tapi still manusia lemah. ada salah dan silap serta dosa yang di lakukan.

Yang Happening bila datangnya bulan puasa bazaar geylang meriah. lagi meriah dari Masjid-Masjid berdekatan.

Orang beratur beli dendeng lebih ramai dari orang beratur untuk amik bubur.

Peniaga-peniaga bazaar merungut tak ada untung. zakat fitrah harga 7 dollar.

Hari raya kunjung tiba raya sakan orang melayu tak ingat dunia. Boria, sedondon semua jalan terus.

Yang paling gerek kita rehat tempat biasa sambil sembang bujang cukup time balik rumah tidur bangun sampai petang.

Bual pasal rumah, 65 square feet,92 square feet, duit cpf lah. undi workers party lah. undi tony tan lah.

Last-last ketupat abis kene sebat. lepas tu lepak tidur bangunnya magrib.

Tunggu raya kali ni macam mane. duit raya tukar kat bank 200 dollar dapat sampul duit 5 packet,

7 eleven pon nak kasi sampul juga bila beli air green tea.

Sampai di sini kalau ada yang best insya allah gua kongsi.

Salam idul fitri buat teman-teman yang setia di sini.